Sebelum saya mengupas lebih lanjut tentang lagu
Lucifer dari kumpulan Kpop Korean iaitu SHINee ini, terlebih dahulu
saya ingin memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai apa itu Lucifer.
Mungkin ramai sudah mengetahui maksud sebenar Lucifer itu sendiri dan
siapakah yang berada dan dipercayai menggunakan nama tersebut mengikut
pandangan umat Islam.
Sekiranya diperhatikan makna sebenar yang termaktud dalam Wikipedia maksud Lucifer itu adalah:-
Traditionally, Lucifer is a name that in English generally refers to the devil before being cast from heaven, although this is not the original meaning of the term. In Latin, from which the English word is derived, Lucifer means "light-bearer" (from the words lucem ferre). It was the name given to the dawn appearance of the planet Venus, which heralds daylight. For this meaning, English generally uses the names "Morning Star" or "Day Star", and rarely "Lucifer".(sumber)
Maksud yang lebih mudah Lucifer itu
adalah Iblis sebenarnya. Allah s.w.t menghukum Iblis dengan mengusir
dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan para malaikat dengan
disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari
kiamat. Di samping itu Iblis dinyatakan sebagai penghuni neraka.
Sejarah membuktikan bahawa Iblis
membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para malaikat
yang lain, yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan
bagi makhluk Allah yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala
apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya.
Iblis merasa dirinya lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam,
kerana ia diciptakan dari unsur api, sedangkan Adam dari tanah dan
lumpur. Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan
merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang
lain, walaupun telah diperintah oleh Allah s.w.t.
Iblis dengan sombongnya menerima dengan
baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi
kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari
kiamat. Allah meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai
hari kebangkitan, tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian
jaminan itu, bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan bangsa
Adam, sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari
barisan malaikat, dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala
sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya
menempuh jalan yang sesat, mengajak mereka melakukan maksiat dan
hal-hal yang terlarang, menggoda mereka supaya melalaikan
perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan
beramal soleh.
Kemudian Allah berfirman kepada Iblis
yang terkutuk itu: “Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang
semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau
tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada
Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak
akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala
kepandaianmu menghasut dan memfitnah.”
Sebagai penambahan Iblis yang dilaknat
oleh Allah s.w.t itu adalah merupakan 'makhluk' yang bersama dengan
barisan malaikat yang paling hadapan sekali pada masa ia masih lagi di
syurga. Umat Islam seluruh dunia mengetahui akan hal ini dan Iblis
dikenali sebagai malaikat Azazil pada masa itu. Sekiranya anda perasan
banyak lagu yang mungkin pernah anda dengar dan lihat liriknya, pasti
ada sesetengah lirik mengandungi perkataan 'fallen angel' dan selalunya
merujuk kepada Lucifer yakni Iblis laknatullah.
Lihat buktinya dalam ayat-ayat al-quran:-
"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi." (QS. Al Baqarah : 30)
Semua malaikat hampir serentak menjawab mendengar kehendak Allah.
"Ya Allah, mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi, yang hanya akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah di bumi, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau." (QS. Al Baqarah : 30)
Allah menjawab kekhawatiran para malaikat dan meyakinkan bahwa,
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (QS. Al Baqarah : 30)
"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir" (Al Baqarah: 34)
Semua malaikat hampir serentak menjawab mendengar kehendak Allah.
"Ya Allah, mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi, yang hanya akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah di bumi, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau." (QS. Al Baqarah : 30)
Allah menjawab kekhawatiran para malaikat dan meyakinkan bahwa,
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (QS. Al Baqarah : 30)
"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir" (Al Baqarah: 34)
Perkataan Lucifer selalu dimain-mainkan
oleh puak pelampau yahudi dan kebanyakan orang-orang barat untuk
mengabui mata orang ramai berbanding menggunakan nama Iblis itu sendiri.
Kita lihat pula makna perkataan kumpulan SHINee itu sendiri. Perkataan
itu sengaja dipendekkan daripada perkataan 'shine' yang bermakna
bersinar. Cuma mereka menambahkan perkataan 'e' dihadapan supaya tidak
nampak terlalu jelas. Begitu juga jika diinggeriskan "SHINee" itu kepada
'shiny' yang membawa maksud yang sama iaitu bersinar-sinar. Apa pula
kaitannya dengan Lucifer?
Ada kaitannya. Walaupun ianya mungkin
nampak secara kebetulan tetapi nama SHINee itu sendiri mempunyai
persamaan dengan makna Lucifer. Cuba anda perhatikan makna sebenar (Lucifer means "light-bearer")
iaitu pembawa cahaya. Bersinar & pembawa cahaya adalah merujuk pada
orang yang sama. Anda tahu siapa orangnya. Maksud yang lebih mendalam
lagi boleh merujuk kepada Wikipedia yang saya berikan di atas.
Cuba anda perhatikan pernyataan yang
dikeluarkan oleh pihak SM Entertainment apabila diajukan soalan mengenai
lagu Lucifer oleh kumpulan SHINee itu:-
On the 16th, Sm Entertainment released
Idol group SHINee’s image of their 2nd album ‘Lucifer’, releasing
SHINee’s image at 10PM on that day required huge amount of
technology/skills, to display the members’ new look.
*Members using their eye expression to
show their main song ‘Lucifer’, in Christianity, Lucifer means the
falling angel of the devil. SHINee with a refreshing image in the past
activities, showed a big transformation and a feeling of approaching in
their 2nd album.
SM expressed that ” A
selfish heart, persevering love, wrongly threatened and repeatedly
revolving appearance of an angel and devil, lovers having a vague
feeling in Lucifer” “The meaning of religion is to have courage”.
Mereka hanya menyatakan untuk
memperlihatkan dan mempersembahkan lagu Lucifer itu dalam masyarakat
kristian yang mempercayai ia adalah malaikat dari langit yang disumpah
menjadi 'devil'. Mereka cuma ingin menyampaikan sebuah lagu untuk
menghormati kepercayaan masyarakat kristian. Itu sahaja. Alasan ini
adalah sangat daif dan tidak betul. Mereka tidak memahami bahawa lagu
itu adalah penyembahan kepada Iblis!!!
Liriknya yang telah dialih bahasa kepada versi inggeris adalah jawapannya:-
Even if I try to avoid you, I can't find a place to hide
I'm trapped by you, who I can't even deny
If it was love, if you really loved me, don't do this to me
Her whisper is the Lucifer
I'm trapped by you, who I can't even deny
If it was love, if you really loved me, don't do this to me
Her whisper is the Lucifer
Maksud:
Bahkan jika aku cuba untuk mengelakkan kau, aku tidak dapat bersembunyi
Aku terperangkap oleh kau, dimana tidak boleh aku nafikan
Jika itu cinta, jika kau benar-benar mencintaiku, jangan lakukan ini padaku
Bisikannya adalah Lucifer
Aku terperangkap oleh kau, dimana tidak boleh aku nafikan
Jika itu cinta, jika kau benar-benar mencintaiku, jangan lakukan ini padaku
Bisikannya adalah Lucifer
Jika diterjemahkan ke dalam erti kata
lebih mendalam lagi, lagu ini memang akan menampakkan kepada penyerahan
dan penyembahan kepada Iblis. Masakan lagu seperti ini boleh didengari
oleh umat Islam? Dan mereka perlu ingat lagu itu juga boleh menjadi
dendangan dan nyanyian oleh masyarakat Islam yang mungkin tidak mengerti
dan memahami lirik lagu tersebut. Ayat "her whisper is the Lucifer" bila ditukarkan kepada Iblis boleh menjadi ayat yang sebegini - "Bisikannya adalah Iblis".
Perhatikan maksud ayat itu lagi terang dan nyata bahawa lirik lagu ini
boleh membawa kepada syirik. Syirik adalah tergolong dalam perbuatan
yang berdosa besar. Bolehkah lagu ini diterima?
Lirik kedua yang dialih bahasa:-
Your undeniable spell is the Lucifer
Your undeniable magic is the Lucifer
When I approach you
With your angelic face
Say the reason you live is for me
Say it
Your undeniable magic is the Lucifer
When I approach you
With your angelic face
Say the reason you live is for me
Say it
Maksud:
Mantra kau yang tidak boleh disangkal adalah Lucifer
Sihir kau yang tidak boleh dinafikan adalah Lucifer
Ketika aku mendekati kau
Dengan wajah malaikat
Katakanlah alasan kau hidup adalah untukku
Katakan
Sihir kau yang tidak boleh dinafikan adalah Lucifer
Ketika aku mendekati kau
Dengan wajah malaikat
Katakanlah alasan kau hidup adalah untukku
Katakan
Jadi siapakah yang dimaksudkan dalam ayat ini? Anda pasti tahu maksudnya. Cuba perhatikan ayat "Katakanlah alasan kau hidup adalah untukku"
dan bila kita baca kembali sejarah pengusiran Iblis dari syurga, ia
telah bersumpah untuk bersama berdamping dengan bani Adam dan hidup
untuk memusnahkan dan menghancurkan mereka supaya menjadi
pengikut-pengikut Iblis dalam neraka Jahanam. Adakah maksud lirik itu
tidak terang lagi?
Walaupun
video klip lagu Lucifer tidak menunjukkan sebarang keraguan dan juga
tidak menunjukkan sebarang bukti kewujudan penyembahan kepada Iblis,
lirik Lucifer itu sendiri sebenarnya telah menerangkan segala-galanya.
Tetapi baru-baru ini, persembahan mereka ada menunjukkan unsur-unsur
masonik seperti gambar dibawah ini:-
SHINee terang-terangan dikelilingi oleh
corak petak hitam putih Masonik. Saya rasa kita semua tahu siapa yang
pemilik corak itu sekiranya anda membaca artikel-artikel sebelum ini.
Sebagai
pendengar, anda seharusnya peka akan lagu-lagu, video muzik yang
mungkin akan menyelitkan perkara-perkara syirik dan salah disisi syarak.
Sebagai seorang Islam sudah tentunya lagu-lagu seperti ini haram
didengar dan dinyanyikan seperti yang termaktub dalam fatwa pengharaman
lagu dari Kumpulan Black Metal. Mengenai hal ini:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang
pada 23 Jan 2006 telah membincangkan Kumpulan Black Metal Serta
Langkah-Langkah Menanganinya. Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan
dan perbuatan Kumpulan Black Metal adalah sesat dan bercanggah dengan
ajaran Islam sebenar. Oleh itu, umat Islam diminta menjauhi kumpulan
tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang
itu terkeluar daripada Islam (sumber).
Kumpulan SHINee ini adalah merupakan
kumpulan Korean Pop, adakah ianya tidak termasuk dalam kumpulan yang
dikatakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut? Disebabkan ia bukanlah
kumpulan Black Metal maka, ianya tidak menjadi salah mendengar lagu
daripada kumpulan itu? Adakah anda fikir demikian? Mungkin kumpulan
SHINee hanya mempunyai satu lagu yang menyerupai kumpulan Black Metal
yang banyak mendendangkan lagu penyembahan kepada Iblis, tetapi perlu
diingat lagu Lucifer itu juga boleh menyesatkan akidah umat Islam
dimana-mana. Adakah kita boleh biarkan?
Sebagai umat Islam yang peka akan
masalah ini, anda boleh mengambil tindakan dengan tidak membiarkan
sesiapa pun mendengar akan lagu Lucifer ini termasuk diri anda. Lirik
lagu yang telah disertakan diatas merupakan terjemahan daripada bahasa
Korean. Itupun hanya sebahagian yang saya dapat sertakan. Tujuannya
untuk pengajaran dan pengetahuan mengenai lagu Lucifer ini.
Sebenarnya banyak lagu yang
mendendangkan penghormatan ataupun penyembahan kepada Iblis seperti
artikel sebelum ini mengenai lagu Alejandro dari Lady Gaga. Dan kenapa saya mengatakan lagu Lucifer ini merupakan agenda yahudi, anda boleh mengetahuinya dengan membaca bab Konspirasi Dajjal dalam laman web ini yang kebanyakannya ditulis oleh Ibnuyaacob mengenai dajjal. Anda akan tahu kenapa.
Dengan ringkas artikel ini boleh
mengatakan Iblis=Lucifer=Azazil mengikut perantaraan masa yang berbeza.
Maka lagu ini mengisahkan apa agaknya? Adakah semua ini secara
kebetulan?
Wallahualam....
NB : Artikel boleh disebarkan dengan keizinan
supaya umat Islam dapat pendedahan mengenai hal ini. Terima kasih
kerana membaca dan menyebarkan artikel ini kepada orang ramai. Usaha
anda amatlah dihargai.
Tapi maksud dari lagu ini kan bukan ke lucifer nya. Kata lucifer cmn buat kiasan yg maknanya seorang yeoja yg spt lucifer,berwajah malaikat namun spt iblis.
BalasHapusnahh bnr tuh
HapusYa benar. Aku setuju banget pendapat kamu tentang lagu itu. Jadi Shinee tak merasa salah ada apa-apa sama penyebutan nya walau tentang Lucifer. Aku setuju sepemikiran dengan mu soal lagunya terhadap yeojan itu
HapusAku setuju, sependapat dengan pikiranmu, tentang itu cuma kiasan buat yeojanya dengan mengatakan Lucifer
HapusMakasiih ka udah mau sharing. Astagfirullah dulu suka banget lagu itu π₯. Ya Allah ampuni aku ππ
BalasHapus